Aku tak mampu
Menulis lagi
Berbahasa puisi
Kerana tak tertahan lagi
Sehari kesepian
rindu yang panjang
aku tak kuasa
menyanyi lagi
berdendang syair
kerana keletihan kini
sehari kesunyian
suara yang hilang
aku hanya bisa
berdiri sendiri
berbekal satu wajah
tangan yang kugenggam
jiwa yang kudakap
dan aku mahu hidup
seribu tahun lagi
demi cinta yang tak sudah
demi rindu tak tertadah
ianya cukup bagiku
teramat indah
No comments:
Post a Comment