Sunday, April 5, 2015

Bantah GST - Himpunan Bawa Huru Hara

Pusat Pengurusan Jenazah Rompin - Allahyarham TS JJ

Rompin: Pusat Pengurusan jenazah diwujudkan Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis di Parlimen Rompin untuk kemudahan proses pengkebumian setiap kematian penduduk.

Beliau juga turut membiayai semua kos pengkebumian penduduk yang meninggal dunia.

Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi

Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi Ke Mana Hala Tuju Perjuangan PKR Kalau Asik Reformasi.
Nampak Gayanya Perjuangan Demontrasi Jalanan Anwar Akan Disambung Oleh Generasi Cucunya.Semuanya Kerana Dendam Yang Belum Terbalas.



Norini Shah

Update Isu GSt: Top up, Rokok, Parking dan Kantin Sekolah

Update Isu GST

1. Topup
Pagi tadi, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Ahmad Maslan telah memanggil CEO-CEO Syarikat Telco untuk berbincang. Pengguna mahukan harga topup tidak berubah dan Telco diberi masa sebulan untuk buat keputusan. Mereka perlu menurunkan harga topup kepada RM9.43 sen dan bila ditambah 6% GST ianya akan kekal RM10. Nilai topup tersebut juga perlu kekal pada RM10 atau lebih. Tidak boleh dikurangkan.
Nota: Waktu sebulan diberikan kerana Telco memerlukan masa untuk menukar sistem. Sistem mereka juga melibatkan institusi kewangan seperti bank, pembayaran secara MOL dan lain-lain. Mereka minta panjangkan lagi masa tetapi Timbalan Menteri Kewangan 1 tidak benarkan kerana ianya melibatkan kepentingan pengguna.

2. Rokok
Harga rokok yang diberikan oleh syarikat rokok adalah termasuk GST. Sebagai contoh sekotak rokok jenama X adalah RM14 sekotak. Harga tersebut sudah termasuk GST dan peniaga tidak boleh menambah atau menggenakan lagi 6% GST ke atas rokok tersebut. Lapor jika ada peniaga yang masih berbuat demikian.

3. Parking
Parking memang sudah dikenakan cukai perkhidmatan selama ini cuma ianya tidak dinyatakan dengan jelas. GST memerlukan cukai dinyatakan dengan jelas dalam resit. Dan syarat-syarat yang perlu ada dalam resit mesti dipatuhi.

4. Kantin Sekolah
Kantin sekolah dikecualikan dari GST. Maka tidak boleh kenakan GST ke atas makanan di kantin sekolah.

5. Service Charge
Service Charge adalah satu bentuk kutipan yang dikenakan keatas pelanggan oleh peniaga. Ianya bukanlah satu jenis cukai dan tidak dikutip oleh kerajaan. Jika anda tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan namun terpaksa membayar service charge, anda boleh bawa peniaga ke mahkamah.

6. Aduan
Pengguna diminta untuk tidak pandang sebelah mata. Gunakan hak anda, jika terdapat mana-mana peniaga yang tidak mematuhi syarat-syarat untuk kenakan GST anda perlu membuat laporan kepada KPDNKK. KPDNKK juga nasihatkan jika ada peniaga yang menaikkan harga barang keterlaluan, sila buat aduan.

Merong Mahawangsa

17 Disyaki Rancang Keganasan Ditahan

Sindiket Pemalsuan Kad UNHCR Di Bukit Mertajam Tumpas

Solute STAGG Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) bongkar sindiket pemalsuan kad United Nation High Commisioner for Refugees (UNHCR) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang...

SINDIKET PEMALSUAN KAD UNHCR TUMPAS
Kuala Lumpur, 5 April - Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) berjaya menangkap tiga individu bersama peralatan yang digunakan sekaligus membongkar sindiket pemalsuan kad United Nation High Commisioner for Refugees (UNHCR) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, hari ini.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui twitter rasmi beliau sebentar tadi.

Fahaman Wahabi Sama Bahaya Dengan Syiah



Shogun IV Shogun

Kejayaan Tahaluf Siyasi



Shogun IV Shogun

Majoriti Senyap Terus Sokong Kepimpinan Negara

Kumpulan majoriti senyap terus menyokong kepimpinan negara walaupun beberapa ekstremis cuba memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Perdana Menteri berkata beliau percaya bahawa majoriti senyap dalam kalangan rakyat tidak mudah terpengaruh dan percaya dengan apa sahaja agenda atau isu yang dibangkitkan oleh kumpulan ekstremis.

"Hanya sesetengah pihak seperti golongan ekstremis cuba mensensasikan isu-isu kecil dan memecahbelahkan kita. Kita tidak perlu tunduk kepada elemen negatif mereka.

"Kita harus ingat, integrasi dan perpaduan dalam kalangan kumpulan majoriti akan meletakkan Malaysia berada dalam keadaan yang harmoni, kukuh dan stabil pada tahun-tahun mendatang," katanya pada sambutan Rumah Terbuka Ugadi di Dataran Merdeka di sini, pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan, Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia Tan Sri M.Kayveas dan bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu.

Perdana menteri berkata kerajaan sentiasa komited dalam mengekalkan dan melindungi kesejahteraan semua masyarakat di negara ini.

Mengenai masyarakat India di Malaysia, Najib berkata kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka walaupun adanya beberapa masalah dan cabaran dalam proses mencapainya.

"Saya harus akui bahawa masih ada masalah dan cabaran yang dihadapi masyarakat ini yang memerlukan perhatian daripada kerajaan," kata beliau.

Najib berkata kerajaan telah mengumpul input dan pendapat daripada setiap pihak dalam masyarakat India untuk meningkatkan taraf hidup mereka bagi dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Menurutnya kerajaan juga sentiasa mengakui inisiatif yang diambil oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam melindungi kesejahteraan masyarakat.

"Kami mendengar suara dan pendapat yang dapat membantu kami. Itulah sebabnya kita membantu mereka dengan memperuntuk bantuan kewangan,"katanya.

Ugadi adalah perayaan tahun baru bagi masyarakat Telugu dengan perkataan "Yuga" bermaksud era dan "adi" bermaksud permulaan dalam bahasa Sanskrit.

Lebih 1,000 orang menghadiri sambutan Rumah Terbuka Ugadi itu yang dianjurkan oleh Persatuan Telugu Malaysia.

Astro Awani


Perjuangan Belum Selesai



Via Abdul Halim Ishak

Tak Bersolat Tetapi Harap Menang Berjihad

Rasa malu dgn Allah sebab ramai di antara kita yg tak solat berjemaah di Masjid tetapi berharap agar menang berjihad perang ke atas Yahudi dan musuh-musuh Islam yang lain...

Fariyal Ahmad

C Selvam Dreamt Of Karpal

C. Selvam said he had dreamt about Karpal last week, and was told not to worry about his court case. “In my dream, Karpal told me that he would take care of me on the case,”.
(Read More Below)


The late Karpal Singh’s former driver C Selvam went bald today to offer prayers at a Hindu temple here for his former boss and his colleague Michael Cornelius, both of whom died in a road accident almost a year ago.
Selvam, who was at the wheel of Karpal’s Toyota Alphard that night, said he felt abandoned by Karpal’s family since the accident, but it would not deter him from showing his love of Karpal and Michael.
Karpal, 74, the former DAP national chairman, and his personal aide Michael, 39, died instantly when their car collided with a lorry near Kampar on the North-South Expressway on April 17 last year.
Selvam, 28, faces trial later this month on a charge of dangerous and reckless driving. The charge carries a maximum jail term of 10 years or RM20,000 fine or both, upon conviction.
With the first anniversary of the accident falling next Friday, Selvam went bald today at 10am to offer his penance to Lord Muruga Perumaan, his favourite Hindu deity, at the Sri Bala Murugan Alayam.
He said he had dreamt about Karpal last week, and was told not to worry about his court case. “In my dream, Karpal told me that he would take care of me on the case,” he said.
Selvam, an Indian national from Vellore, Tamil Nadu, said he missed Karpal, Michael and his family back in India
After being charged, Selvam said he was left to languish in Taiping Prison for more than a month as he could not post bail of RM5,000.
He said he did not know anyone in Malaysia except his employer Karpal and his family, and had never imagined he would be abandoned and left to rot in a foreign jail.
During his remand, he prayed daily for the Karpal’s family to bail him out but help never came, he said, adding that no one from Karpal’s family, nor representatives of the Indian High Commission in Kuala Lumpur, came to visit him.
He said help came from an unexpected person, Parti Cinta Malaysia vice-president Huan Cheng Guan, who personally posted bail for Selvam, and had taken Selvam under his care since then, pending the court case.
The trial, in Kampar, begins on April 23. Selvam is represented by lawyer @Baljit Singh, chairman of the Gerakan legal and human rights national bureau.
Selvam hoped he would be freed and could return to his parents and his two younger siblings.

Via FMT: Karpal’s driver goes bald to offer prayers | Free Malaysia Today - http://www.freemalaysiatoday.com/…/karpals-driver-goes-bal…/

Akta Hasutan 1948, Dikekalkan dan Ditambah-baikkan

Alhamdulillah. .perjuangan mengekalkan akta hasutan direstui PM malahan akan ditambah baik dan diperkukuhkan..

Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuh sebaliknya akan diperkuat dan diperkukuhkan. Akan dimasukkan - melindungi kesucian agama Islam dan menghalang sebarang percubaan membawa sabah dan sarawak keluar dari malaysia

Kekalkan Akta Hasutan

Anwar Dibenar Lawat Bapanya

Anwar yg masih menjalani hukuman penjara 5 tahun kesalahan meliwat dibenar melawat arwah bapanya dengan kawalan ketat oleh pihak penjara.


Sri Nilam

Allahyarham TS JJ Bantu Anak-anak Yatim Pulau Nias

Ramai yang tidak tahu bahawa selama hampir 10 tahun, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis senyap-senyap bantu anak-anak yatim beragama Islam di Pulau Nias, Sumatera Utara yang merupakan mangsa gempa bumi.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-fatihah.

Friends of BN

Penggemar Mi Segera Terdedah Kepada Penyakit

Sekolah Patriotism

Koperal Razakan - Berita Harian Online





SUBARAH Jili, sebak sambil memegang gambar kenangan perkahwinan ketika menunggu jenazah anaknya Koperal Razakan yang terlibat nahas helikopter yang terhempas di Semenyih. - Foto Izhari Ariffin : http://bit.ly/1NRKyOo

Segelintir Rakyat Mahu Itu Ini.

1. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Pendidikan percuma seperti di Norway – tetapi Norway mempunyai 25% GST

2. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Tidak ada GST seperti di Hong Kong – tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009)

3. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kesamarataan pendapatan yg baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 – tetapi Denmark adalah antara negara yg mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.

4. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela – tetapi kadar inflasi Venezuela adalah yg tertinggi di dunia, iaitu 62% setahun

5. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kadar inflasi yg paling rendah di dunia seperti Jepun yg mempunyai kadar inflasi negatif selama bertahun-tahun – tetapi matawang Jepun telah jatuh kira-kira 40% berbanding Ringgit Malaysia semenjak 2 tahun yg lalu.

6. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Penukaran kadar yg tinggi seperti Singapura – tetapi Singapura mempunyai harga kereta yg paling tggi dlm dunia di mana harga sebuah kereta MyVi mencecah sehingga $87k atau RM225k berbanding di Malaysia hanya RM41k sahaja

7. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Harga kereta serendah di Brunei – tetapi Brunei tidak ada demokrasi

8. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Sedemokrasi seperti di India, yg terkenal sebagai negara demokrasi terbesar di dunia – tetapi India mempunyai kadar korupsi yg tinggi berbanding Malaysia

9. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Tiada korupsi atau 0 korupsi seperti Finland – namun Finland kini berada di ambang kejatuhan atau “lost decade” dan mengalami nilai pembangunan ekonomi negatif atau 0

10. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Pembangunan ekonomi setinggi Myanmar yg sekarang ini sedang meningkat dgn nilai GDP melebihi 7% – namun demikian Myanmar mempunyai byk konflik agama dan bangsa dan mengakibatkan byk kematian
.
*Belajar makna SYUKUR dilahir-dibesar-dididik-diberi-mencari rezeki & beribadah di bumi Malaysia.
Betapa Hebatnya GST :
Selepas 2 April 2015 (Khamis) Hari ke-2 Perlaksanaan GST.
Apa yang berlaku di hari kedua itu...???
Bermula hari itu berlaku satu keajaiban yang mungkin tidak disedari oleh ramai orang yang mana telah dicetuskan oleh ledakan GST 6%.
Apakah keajaiban yang diledakkan oleh GST..???

Kerana GST, UMAT ISLAM MALAYSIA telah bangkit dengan amat drastik sekali!

TERLIHAT DI SANA SINI, VIRALNYA DISEGENAP MEDIUM JUGA MENJADI BUKTI JELAS BETAPA UMAT ISLAM SELEPAS GST ADALAH UMAT YANG BEGITU PRIHATIN SEKALI TENTANG EKONOMI.
UMAT ISLAM MAKIN LEBIH PRIHATIN TENTANG HAK SEBAGAI PENGGUNA YANG AMAT BIJAK SEKALI.

KERANAMU GST RAKAN SEBANGSA & SEAGAMAKU SEOLAH TELAH BANGKIT..!!! BANGKIT DENGAN GAGAH MENDEPANI CABARAN EKONOMI.
INILAH SEBABNYA KENAPA CAUVINIS ULTRA-KIASU DAP BERUSAHA SEHABIS MUNGKIN, BERMATIAN CUBA MEMASTIKAN GST INI DIBATALKAN...!!!!!.

Bukan kerana GST itu MEMBEBANKAN RAKYAT tetapi GST AKAN MENYEBABKAN PENIPUAN MEREKA SELAMA PULUHAN TAHUN DENGAN CARA MENEKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA MELALUI EKONOMI AKAN LUMPUH DAN BERAKHIR.

Alhamdulillah... Betapa besarnya Hikmah disebalik segala yang berlaku ini...!!!!....

Khatijah Ibrahim

TPM Boleh Ganti PM.

Mayat Helikopter AS365N2 Yang Belum Dikenal


Laporan Utusan Online:

HULU LANGAT 5 April – Status penumpang wanita dikenali Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, di sini semalam masih lagi menjadi misteri.

Ini berikutan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak.
Menurut sumber, ketika ini terdapat satu mayat yang belum dapat dikenal pasti jantinanya namun dipercayai wanita misteri tersebut.
Gambar yang didakwa menunjukkan salah satu mayat mangsa tersebar di media sosial
Gambar yang didakwa menunjukkan salah satu mayat mangsa tersebar di media sosial
Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut.
Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai ‘tidak diketahui’.
Difahamkan, pihak berkuasa hanya akan mendedahkan maklumat wanita itu selepas identiti wanita tersebut disahkan.
Sekarang siapa sebenarnya Aidana Baizieva?
Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.
“Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen pengenalan mangsa,” kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya disiarkan.
Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook, dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam nahas berkenaan.
Helikopter yang terhempas, AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) disewa dari sebuah syarikat swasta Chempaka Avition, yang dimiliki oleh juruterbang yang terbunuh, Kapten Cliff Fournier.
Carian terhadap syarikat berkenaan di internet tidak dapat ditemui dan oleh itu tidak dapat dibubungi untuk mengesahkan maklumat mengenai siapa sebenarnya Aidana Baizieva. Justeru siapa sebenarnya Aidana Baizieva masih misteri dan belum terungkap. Laporan rujukan Green Boc
Helikopter peribadi yang dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Subang itu terhempas di sebuah ladang getang Jalan Sungai Lalang dekat Kampung Sungai Pening di Semenyih, Kajang kira-kira jam 4.50 petang tadi.
Helikopter peribadi yang dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Subang itu terhempas di sebuah ladang getang Jalan Sungai Lalang dekat Kampung Sungai Pening di Semenyih, Kajang kira-kira jam 4.50 petang tadi.

Rakyat Perak Turun Himpunan Daulat Tuanku






Boodak Sri Kinta



Pistol Nakal

 

Noraniza Abdul Karim

Wednesday, April 1, 2015

Penjelasan Mengenai GST Daripada Dato' Sri Abdul Wahid Omar

Penjelasan mengenai GST daripada Dato' Sri Abdul Wahid Omar:

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.

Akhirnya, terlaksana juga sistem cukai barangan & perkhidmatan (GST) mulai hari ini, 1 April 2015. Pelbagai komen & reaksi orang ramai. Ada juga yang masih mempolitikkan isu ini. Izinkan saya memberikan sedikit pengamatan / pencerahan :

1) GST 6% ini menggantikan cukai jualan 10% & cukai perkhidmatan 6%. Ia bukan cukai tambahan.

2) Kadar 6% yang dikenakan adalah yang terendah di ASEAN dan antara yang terendah di dunia. Sebagai contoh, kadar di Singapura 7%, Thailand 7%, Indonesia 10%, Vietnam 10%, Filipina 12%. Di Australia 10% dan di UK jauh lebih tinggi iaitu 20% .

3) Untuk mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat, Kerajaan telah memperluaskan senarai barangan asas yang dikenakan kadar sifar atau terkecuali dari GST. Ini termasuk barangan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak, ayam, daging, ikan & sebagainya, ubat-ubatan, buku-buku dan minyak petrol RON95 & Diesel. Berdasarkan pengiraan Kementerian Kewangan, kesan GST terhadap kadar inflasi adalah peningkatan sebanyak1.1%. Memandangkan kadar inflasi sekarang adalah pada kadar 1-2%, purata kadar inflasi untuk tahun 2015 dijangka sekitar 3%, satu kadar berpatutan & antara kadar terendah di rantau ini.

4) Tidak semua harga barang & perkhidmatan akan naik. Ada juga yang turun seperti harga kereta yang turun 2-3%. Proton menurunkan harga sehingga RM1,475 seunit manakala Honda antara RM500 hingga RM2,500 seunit.

5) Semasa pelaksanaan GST diumumkan dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013, Kerajaan juga telah mengumumkan langkah 'pengimbangan' seperti pengurangan cukai pendapatan individu antara 1-3%, pengurangan cukai pendapatan korporat dari 25% kepada 24% dan pengurangan cukai perusahaan kecil & sederhana dari 20% kepada 19%. Pemberian BR1M isirumah berpendapatan RM3,000 kebawah sebulan juga ditingkatkan dari RM500 ke RM650 manakala isirumah berpendapatan RM3,000-4,000 sebulan mula diberikan BR1M RM450 buat pertama kali. Seterusnya dalam Bajet 2015, jumlah BR1M telah dinaikkan masing-masing kepada kepada RM950 & RM750 . Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 kebawah pula, BR1M dinaikkan kepada RM350. Ini semua bertujuan untuk meringankan impak kenaikan harga barang.

6) Ada peniaga yang merungut tidak diberikan masa yang cukup untuk membuat persediaan GST. Sebenarnya masa 17 bulan yang diberikan adalah munasabah & mencukupi. Mereka yang masih tidak bersedia kebanyakannya berlengah pada peringkat permulaan. Ada juga yang sengaja mengharapkan agar GST tidak dilaksanakan kerana dengan adanya GST, adalah lebih sukar untuk mengelak dari membayar cukai pendapatan.

7) Seperti dalam mana-mana pelaksanaan sistem baru, memang akan terdapat isu-isu pelaksanaan (teething problems) di peringkat awal. Untuk itu, Kerajaan telah mewujudkan GST hotline Jabatan Kastam 1300888500 dan KPDNKK 1300886800. Kunjungi laman sesawang gst.customs.gov.my untuk maklumat lanjut.

8) Tujuan asal pelaksanaan GST adalah untuk memperluaskan asas percukaian negara memandangkan kita hanya ada 2 juta pembayar cukai, satu jumlah yang kecil berbanding jumlah rakyat Malaysia seramai 28 juta. GST adalah cukai penggunaan (consumption or indirect tax) dimana mereka yang berbelanja lebih adalah dari kalangan mereka yang berpendapatan lebih. Ini juga selaras dengan langkah konsolidasi fiskal yang mensasarkan bajet seimbang menjelang 2020. Dengan peningkatan pendapatan Kerajaan, kita bukan sahaja dapat mengurangkan defisit fiskal kita malah dapat melaksanakan banyak projek pembangunan yang tertangguh sebelum ini seperti pembinaan jalanraya, jambatan, sekolah, hospital, klinik desa, dan lain-lain.
Marilah kita sama-sama menjayakan sistem percukaian yang baru ini. Memang tiada sistem yang sempurna (perfect). Pasti ada kelemahannya. Walau apapun, niat kita murni. InsyaAllah apa yang dihasratkan akan tercapai. Maaf pencerahan ini panjang sedikit. Harap ia membantu. Terima kasih.

Dato' Sri Abdul Wahid Omar,
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

WakeUp Malaya

Pengugut KPM Ditahan

1MDB Issue: PM - The Victiom of The Old Elites and Power Plant Owners

Posted on by editor 1mdb-feat-650x400In Malaysia, there is always another side of the story which is sometimes not told or at least, not told sufficiently.

The 1MDB – and especially the PM – has stepped on powerful toes. In his efforts to consolidate the numerous independent power plants under 1MDB from these powerful tycoons, Najib Tun Razak has found that these influential elites are refusing to let go.

Benefitted from the era of the past leadership, the late TNB boss, Ani Arope refused to play balls with them. He lost the fight.

The PM Najib Tun Razak wants these power plants back. They belong to the rakyat but they have all run to powerful old politicians, who should be enjoying their retirement and playing with their grandchildren, for help.

Billions of ringgit are racked in each year by these rich and powerful, who are smart enough to maintain a low profile, while enjoying their expensive wine, wives and mistresses. They are not stupid like Jho Low, who wants to show off his Paris Hilton, who is available to be paid for any party.

For many years, these IPPs together with Dr Mahathir have been attacked by the opposition especially Lim Guan Eng as up to RM19billion had been set aside for these power plants. But suddenly the Pakatan Rakyat has forgotten.
The 1MDB has bought over Ananda Khrisnan’s power business and Genting’s IPP plants. YTL has also lost its power contract.
The only new concessionaires or power plant awards are either 1MDB or Tenaga and no other parties. PM Najib rightly put an end to these sweet hard deals.
These sweet hard deals cost Petronas and TNB billions of ringgit. Yes, billions. Possibly, RM100billion for two decades.
Najib has fixed things right but he has become a victim of the powerful including those who rewarded these cronies.
In fact, Malaysia was supposed to have a scheduled electricity tariff increase in July 2014 and Jan 2015 under the fuel cost pass through mechanism implemented in Jan 2014 but 1MDB and other IPPs say no need because of the revised and corrected power purchase agreements.
And electricity rates were even reduced starting from March 2015 – due to falling coal prices as well as the much cheaper IPP tariffs.
TNB finally started to record big profits again starting in 2013, 2014 and the first quarter of 2015. It registered a RM2.3 billion net profit for just three months. With these profits, Petronas no longer need to subsidise Tenaga.
But who are the biggest losers? The cronies who enjoyed the sweet heart deals and they now see their IPP taken away by the PM for their rakyat under 1MDB.
It looks like they are now turning their anger towards the PM! Ask yourself who approved these sweet heart deals which Malaysians have been paying while they reap the massive profits at the expense of Tenaga, Petronas and the people!

Stop The Lies

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

Bila Kerajaan Nak Kuatkuasakan Seksyen 15 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011?.
Dulu kerajaan kata Seksyen 15 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 berkaitan HARGA MUNASABAH akan lebih mudah di kuatkuasakan setelah GST di laksanakan.

Tapi sebelum tu BO teringin nak dengar definisi harga munasabah Menteri KPDNKK. Berapakah margin keuntungan MUNASABAH sesuatu barangan berbanding kos nya?. 10 peratus? 30 peratus? 100 peratus? Berapa harga munasabah untuk secawan teh tarik? Berapa kos secubit teh, dua sudu susu dan segelas air panas?.

Dan persoalan utama nya adakah kerajaan kita hari ini mempunyai CUKUP KEBERANIAN untuk 'MEMERANGI peniaga dengan mengunakan seksyen tersebut sebagaimana yang DI JANJIKAN?

Bluee Ocean
 

Strategi PR Bulan Pertama Pelaksanaan GST

Statergi PR April 2015 bulan Pertama perlaksanaan GST

Persediaan menghadapi mereka dalam media sosial atau luar
Antaranya
1. Mereka Akan buat persepsi dalam media tentang ke burukkan gst seperti
Keluarkan resit resit yang kena Kan gst
Mereka Akan tunjukkan konon makanan seperti beras daging ayam sayur dikenakan gst dengan paparan resit Piang
Mereka Akan lakukan
Mereka Akan spin KENYATAAN pemimpin

2. Mereka Akan keluarkan posting konon banyak Kedai naikkan harga barangan siap tunjukkan resit

3. Mereka Akan keluarkan gambar gambar konon rakyat menderita Akibat gst termasuk peniaga tutup perniagaan

4. Mereka Akan terus adakan demontrasi haram

5. Mereka Akan terus spin rakyat
Mereka keluarkan kehidupan mewah pemimpin
Keluarkan post gambar artikel tentang ke burukkan gst

6. Mereka Akan pertikaikan hasil kutipan gst dengan spin pelbagai pelbagai Perkara

7. Pemimpin mereka Akan buat ceramah buat mogok
Konon rakyat makin susah pasal gst

Maka mudah Sahaja memahami taktikal mereka
Persepsi
Fitnah
Hasutan
Itu modal besar mereka

Ranz Sparrow

POTA

Tarif Air P Pinang Naik

AI Hilang Kelayakan Sebagai Anggota Parlimen

Aduan Mengenai GST

Ada aduan mengenai ‪#‎GST‬. Sila ambil gambar resit atau premis peniaga dan pos guna hashtag ‪#‎AduanGST‬.
Pembeli ada 3M - Memilih, Melapor dan Memboikot


#‎beritaMalaysia‬ @kastamHQ @AhmadMaslan
http://bit.ly/1BKw0Ye

Utusan Online


 

Tuesday, March 31, 2015

3 Pengeluar Kereta Turunkan Harga



GST Itu Bukan Pada 6%nya, Tetapi Pada Sistemnya

Kalau nak diikutkan, ramai di kalangan rakyat Malaysia ini membazir untuk banyak benda. Kadang-kadang duit mengalir begitu saja untuk benda-benda yang kalau difikirkan tak lah mendatangkan faedah sangat.

Sebab itu penulis tak percaya, dengan tabiat mengalirkan duit begitu, ada orang begitu kisah nak bayar tambahan 6% untuk barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST. 6%, bukan RM 6.

Jadi apa yang isu sangat GST ni sehingga dimomokkan pembangkang sebagai satu benda yang jahat? Penulis nak katakan disini bahawa isunya bukan sangat tentang 6% tu tapi lebih kepada sistem itu sendiri.

Sistem GST ini begitu efisien sekali sehinggakan kerajaan boleh tahu berapa banyak yang keuntungan yang peniaga ambil ke atas barangan atau perkhidmatan yang dikenakan mereka.

Bagi para peniaga, keadaan ini menekan mereka kerana tidak lagi boleh mengenakan untung berlebihan, pakatan menetapkan harga untuk mengawal pasaran dan sebagainya. Ini yang masalah tapi cuba dialihkan dengan berkata rakyat terbeban dengan 6% jumlah cukai yang dikenakan.

Pendek kata, majoriti yang marah GST ini adalah golongan peniaga sebab tak boleh nak tetap margin keuntungan ikut suka hati macam dulu. Lantaklah dengan peniaga inipun, yang penting rakyat.

Majoriti rakyat negara kita sudah biasa dengan kenaikan harga barang. Kalau tidak, taklah dulu nasi lemak RM 0.50, sekarang dah 5-6 kali ganda daripada itupun, orang masih tak berhenti makan nasi lemak.
Sebab itu penulis katakan 6% atau tidak bukan masalah, tapi lebih kepada sistem yang berkenaan.

Balqis Sheikh
 

Resit Yang Tidak Sah

Resit begini adalah tidak sah!Siapa terima resit begini dan dicaj 6% GST anda boleh report! Inilah sebenarnya GST cuba disabotaj oleh pembangkang!!

Daeng Selili

GST - Ganti Solat Tertinggal

Segerakan GST !!!!

Sahabat2..Teman2.. Sempena kedatangan GST ini jangan lah ada kiranya perasaan marah,dendam,sakithati dan tidak puas hati. Bukan kah kita di ajar dgn sifat2 sabar dan berlapang dada kerana sabar itu separuh dari iman.

Saya ada bertanya kpd seorang syeikh yg sangat menyokong GST dn menyuruh kami menyegerakan perlaksanaan GST sebab ianya menentukan keimanan kita kpd Allah dan Rasullullah saw.

Tanpa GST, mana mungkin kita boleh memasuki syurga. Telah berpesan para ulamak supaya kita berpesan2 kpd jalan kebaikan!

Alangkah benarnya GST disisi Islam. itulah ujian Allah untuk menilai kita hamba yang patuh atau engkar.
GST adalah yg terbaik untuk setiap individu muslim yang telah cuai melaksanakan perintah wajib iaitu
GANTI SOLAT TERTINGGAL (GST).

Terima kasih kerana redha dlm melaksanakan GST. Moga Allah masukkan kita kedalam kumpulan hambaNya yang diredhai.

Sekian.
Wallahuaalam.

Pesanan dari GST
Group Solat Terbaik

Khatijah Ibrahim

Hawker Food Seems More Expensive Than Fast Food

When I was looking at the prices of KFC, it struck me that fast food prices nowadays seem to be cheaper than most Chinese Hawker food.

What has exactly happened? How did it turn out this way?

When I was younger, fast food was considered a luxury meal for my family and we could only occasionally visit there. It was considered a treat for the family as most of our meals were at home or tapao from the hawker center nearby since they were cheaper and more conveniently nearby.

But nowadays, there are KFCs and McDonalds almost everywhere and their prices seem to have moved up a lot slower than say despite the advertising heavily.
It used to be RM1.50 for dry wantan mee at the hawkers but nowadays you will be looking at RM4.50 or RM5.

For this price, I can get KFC burger plus a drink INCLUDING GST.

The reasons I can think of is due to KFC's economy of scale and also that they have more control and buying power over their supply chain
.
But it could also be the case that Hawkers are making a lot more money nowadays and have gotten used to increasingly larger profit margins despite dubious tax-paying practices and they can even afford to higher foreigners to cook for them while they sit nearby to supervise and collect money.

The recent price increases of hawkers stalls using GST as a reason while fast food restaurants have actually managed to reduce prices is really showing up the differences between these two business models and exposing any inefficiencies or possible profiteering behavior.

But I think it is time for Malaysians to reclaim lower-priced hawker food.

Someone seriously need to study the actual cost of running a wantan mee stall and study their cost of goods, squeeze out the supply chain inefficiencies, engage in collective buying contracts and see how we can help hawker stalls lower their prices.

Lim Sian See
 

Semangat si Kura Kura

Semangat si Kura kura
-----------------------
Aku lah si kura kura itu
Biarpun badan ku hanyir
Namun aku tetap mandi
Membersihkan diriku

Aku lah si kura kura itu
Walaupun aku penakut
Kepala ku selalu meninjau
Musuh bersifat gunting
Aku lah si kura kura itu
Biarpun aku lambat berjalan
Namun aku tetap tabah mengikuti lorong dan cerun kehidupan
aku lah si kura kura
Tetap bersemangat walau trbuang
Tetap kuat walau di tolak
Melawan arus deras masih mampu bernafas
Hihi kura kura
Itawalimaj
01/04/2015

Thru Jamilawati Binti Pundang

Guru Berang Kelas Terganggu Dek Demo PR


Aku respect dengan guru dari British Council ni apabila dia berani berjumpa sendiri dengan pendemo KITA LAWAN baru-baru ini. Walaupun bukan dari warganegara kita tetapi sikap dan keberanian dia berjumpa sendiri dengan para pendemo satu perbuatan yang aku anggap cukup berani demi masa depan anak-anak muridnya yang ketika itu sedang ketakutan apabila melihat gelagat perbuatan pendemo yang sedang berarak. Tidak malu ke kita apabila melihat kejadian seperti ini berlaku? Tapi inilah yang berlaku.

KitaLawan (sebut #KitaSawan) Guru BERANG kelas terganggu Turun TEGUR Penganjur

KUALA LUMPUR - Seorang guru dari British Council berhampiran Menara Berkembar Petronas naik berang apabila kelas Bahasa Inggeris kelolaannya terganggu akibat penganjur himpunan #KitaLawan gagal mengawal keadaan dan penyokongnya.

Anna Steven mendakwa himpunan itu telah menakutkan pelajarnya yang sedang mengikuti kelas tambahan di pusat bahasa itu yang terletak kira-kira 100 meter dari jarak demonstrasi tersebut.

"Pelajar-pelajar saya sangat takut apabila mendengar cerita mereka, bahkan ibu bapa mereka juga sudah bimbang dengan keselamatan mereka.

"Jadi saya terpaksa keluar dari kelas dan meluru jumpa penganjur untuk memastikan mereka tidak meredah kelas kami dan berharap mereka tidak lagi menjerit-jerit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jalan Ampang, di sini, hari ini.

Katanya lagi, perhimpunan tersebut bukan sahaja mengganggu tumpuan pelajarnya malah telah mengganggu ketenteraman awam.

Beliau juga kelihatan berkali-kali merayu kepada pihak penganjur #KitaLawan supaya tidak bertindak keterlaluan hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada semua pihak.

Selepas puas merayu, beliau kemudiannya berlari semula ke kelasnya itu untuk mengawal dan memastikan para pelajarnya tidak berada dalam keadaan ketakutan.
 
Neezam Perkasa
 

Local Bank Sidelining Malay Employees

Syed-Hassan-Ali_perkasa_600KUALA LUMPUR: Perkasa has accused a local bank of sidelining Malay employees.
Perkasa Secretary-General Syed Hassan Ali, in making the allegation, did not name the bank, but described it as a government-linked company (GLC).
He told a press conference today that a group of employees from the information technology department of the company met him last month to complain about the situation. “From what they told me, the company has intentions to minimise the number of Malay employees,” he said.
He said one of the methods used to remove employees was to give low marks on their key performance index (KPI). “Those who performed fairly previously were given low marks this time around,” he said. “Because of their low grades, they are pressured to leave.
“Some were even given an early retirement scheme as a method to chase them out of the company.”
He said the IT department was dominated by non-Malays at the management level.
Syed Hassan urged the government to intervene.
He said Perkasa would conduct a roundtable discussion on the matter in two weeks’ time. “We will invite the relevant parties to come and discuss this pressing issue. We will then present a resolution to the government.”

FreeMalaysiaToday

Sampah Sarap Sungai Pinang, Pulau Pinang

Gerhana Bulan Berfasa Penuh

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada 4 April ini, satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun ini.

Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), fasa fenomena tersebut bermula pada 5.01 petang, iaitu bulan memasuki bayang-bayang penumbra.

Kemuncak gerhana berlaku pada 8 malam dan fenomena itu berakhir pada 10.59 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra.

Menurut kenyataan itu, di Sabah, bulan akan terbit lebih awal berbanding di semenanjung iaitu sekitar 6 petang.


Bernama Radio24

Penghinaan Terhadap Orang Islam, Lain Pula Yahudinya Berfikir

satu penghinaan terhadap orang islam..
tapi bagi yahudi lain mereka berfikir..

Hilme Ibrahim Fan Club

PR Perak Tidak Memakai Pakaian Rasmi

PR Perak semakin biadap terhadap Sultan Perak...
Tidak memakai pakaian rasmi perasmian sidang DUN Perak dan dengan sengaja memakai pakaian berwarna hitam...

Maruah Sultan Melayu makin di pijak...

Boodak Sri Kinta



Senarai Barangan GST Berkadar Sifar

GST BERKADAR SIFAR

Bekalan Barang yang Berkadar Sifar
1. Binatang ternakan hidup meliputi lembu, kerbau, selembu, seladang, khinzir, bebiri dan kambing.
2. Daging binatang ternakan segar dan sejuk beku termasuk bahagian dalaman.
3. Ayam dan itik hidup
4. Daging ayam dan itik segar dan sejuk beku termasuk bahagian dalaman.
5. Telur ayam dan itik, telur segar atau telur masin.
6. Semua jenis ikan hidup, segar, didinginkan (chilled) dan sejuk beku (kecuali ikan perhiasan).
7. Hidupan air lain yang hidup, segar, didinginkan (chilled) dan sejuk beku seperti crustaceans (ketam, udang, udang kara), molluscs (tiram, kepah, sotong, siput) dan lain-lain seperti gamat dan jellyfish.
8. Ikan kering, ikan masin termasuk ikan bilis (kecuali smoked fish)
9. Sayur-sayuran seperti tomato, bawang, kobis, lobak, timun termasuk kekacang, asparagus, cendawan, labu, kentang samada segar, sejuk beku atau jeruk (in brine).
10. Buah-buahan segar tempatan ataupun diimport.
11. Rempah ratus seperti asam jawa, asam keping, cili kering, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pala dan halia.
12. Kelapa termasuk kelapa parut.
13. Padi dan beras termasuk beras pulut, basmathi dan beras perang
14. Tepung gandum, tepung attar, tepung beras dan tepung sagu.
15. Kacang dhal.
16. Gula pasir termasuk gula castor, kasar dan halus.
17. Garam.
18. Minyak masak kelapa sawit, kelapa dan kacang tanah.
19. Cencaluk, budu dan belacan.
20. Serbuk kopi, teh dan koko.
21. Bihun, laksa, mee kuning dan kue tiaw.
22. Roti putih dan roti wholemeal.
23. Susu bayi berumur 0 hingga 36 bulan.
24. Semua jenis bahan bacaan dan surat khabar termasuk buku kerja pelajar, novel, ensaiklopedia, buku cerita, novel, buku resepi, buku rujukan dalam semua bidang, buku berkaitan agama, kitab-kitab agama serta surat khabar. (kecuali majalah serta buku yang merupakan bukan bahan bacaan seperti diary, buku tulis, buku log, buku simpan kira seperti jurnal dan lejer).
25. Ubat-ubatan dalam Senarai Ubat Penting Nasional. Daripada 2,900 jenis ubat telah diperluas kepada 4,215 jenama ubat.
26. Barang yang dibekalkan dari Malaysia ke Langkawi, Labuan dan Tioman.
27. Barang bekalan untuk pelayaran dan penerbangan dan barang ganti.
28. Bekalan air dirawat untuk kegunaan domestik.
29. Bekalan elektrik bagi 300 unit pertama untuk kegunaan domestik.
30. Bekalan bahan mentah dan komponen di bawah Skim Pengilang Tol Diluluskan.

BN Sabah

List Of GST Free Items

Double Standard Dalam PR

Parti-parti Pakatan Rakyat mengamalkan 'double standard' dengan menyerang Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana bertindak secara unilateral tentang hudud sedangkan PKR melakukan perkara yang sama dalam Langkah Kajang, kata PAS.

DAP pada Selasa berkata ia memutuskan hubungan dengan Hadi kerana mengkhianati rakan-rakan Pakatan, tetapi akan mengekalkan hubungan dengan PAS.

"Anehnya, PKR membelakangkan Pakatan dalam Langkah Kajang. Abdul Khalid Ibrahim dipecat sebagai Menteri Besar (MB) tanpa persetujuan PAS, tetapi ini tidak dilihat sebagai pengkhianatan."
"Dan sekarang, (supremo DAP) Lim Kit Siang mencadangkan kerjasama dengan BN di atas nama "menyelamatkan Malaysia"? Bukankah ini satu pengkhianatan kepada rangka kerja dasar bersama Pakatan?" Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Khairuddin Aman Razali berkata dalam satu kenyataan.

"Saya bimbang bahawa serangan berterusan DAP, fitnah dan ejekan kepada Presiden PAS dan tentangan yang kuat mereka kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan akan menafikan justifikasi agama untuk ahli-ahli PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan mengundi mereka dalam pilihan raya."
PAS mempunyai kira-kira satu juta ahli di seluruh negara. Dalam pilihan raya, PAS dan DAP saling menggunakan kerjasama mereka untuk menghilangkan persepsi pelampau agama dan cauvinisme perkauman.

Malaysiakini
WakeUp Malaya

Monday, March 30, 2015

Wakil UMNO Diseru Lebih Bersama Akar Umbi

Adalah amat merugikan kepada UMNO bila "wakil rakyat yang dipilih dan kemudiannya menang. Tidak bersama rakyat. Malah pemimpin yang menang diperingkat bahagian dan pusat juga tidak bersama ahli".

Admin yakin ini terjadi kerana mereka sekadar mengejar kedudukan dalam parti atau kerajaan walaupun mereka tidak langsung berada dalam hati pengundi yang mengundi mereka dan ahli yang memilih mereka.
Jadi apa yang mereka lakukan...

Hanyalah berbuat sesuatu agar tetap mendapat "perhatian" beberapa pemimpin yang berkuasa dalam parti, bahagian dan pimpinan negara untuk dicalon sebagai wakil calon ADUN, MP dan mengetuai GLC.
Mungkin ada beberapa pihak tidak senang dengan coretan admin kali ini. Sekadar untuk muhasabah diri.

Ppu Desa Bestari

Shafee Sues Malaysian Bar

Indonesia Umum GST 16%

KTM Baru

Tak lama lagi dapat la kita tren baru KTM. Baru baru ini, tren ini sedang menjalani ujian dari Padang Besar, Perlis ke Stesen KL Sentral. Masa perjalanan 4 jam 15 minit dalam kelajuan 140kmj


Friends Of Bn - Kedah



Hawkers Instigated To Increase Prices In View Of GST

Which groups are doing this?

Why would certain groups want all Malaysians to suffer just to make people angry at the government?

I hope the authorities are aware of this despicable instigation.


Let's all name and shame any hawkers who are raising prices due to instigation and avoid them like the plague.

Lim Sian See

 

Gardenia Price Not Increased After GST

The admins of Suara Rakyat, which has blocked me, must be some of the most uneducated lying morons in Malaysia.
They just posted the price list of Gardenia and said "Dulu harga SST (10%) Gardenia Butterscotch RM3.82, BILA DAH GANTIKAN GST (6%) HARGANYA 'JADI MURAH' RM4.45... Kan Kan Kan..."
And then they post a picture of Syed Mokhtar and say cronies getting more rich.
Looks like Pakatan Rakyat people will take any opportunity to spread lies and incite hatred towards certain people and the govt.

Dear Suara Rakyat Bodow people ... the "WP" in the price does not mean harga sebelum GST and RRP does not mean harga selepas GST.
WP means wholesale price - meaning harga to the retailers and RRP means "Recommended Retail Price" or the price retailers are expected to sell the products.

Therefore, the price of Gardenia Butterscotch did not increase from RM3.82 to RM4.45. That price of RM3.82 is the price to the retailers who are then expected to charge RM4.45 (inclusive of GST) to make a profit margin of 42sen + GST of 25sen.

Gardenia Butterscotch price, which is a "specialty" product targeted at more discerning consumers, is subject to GST. The retail price before is RM4.20 and with GST of 6%, it will be RM4.45.

As for normal people like me, we are unaffected as you can clearly see that the price of plain bread such as Gardenia Original Classic 400g will NOT be increased with GST. It is retailed at RM2.40 today and after GST is implemented, tomorrow it will still retail at RM2.40 since it is GST exempted.

Lim Sian See

Malaysia Dikenali Sebagai Juara Rasuah - Washington Post

Ini kenyataan WP yang tidak berasas sama sekali. Fitnah.
----------------------------------------------------------------------------------------
Musuh dunia Islam No 1 tidak akan senang hati selagi ada negara Islam yang tidak tunduk kepada mereka. Matlamat menghalalkan cara mereka. Sekutu mereka di Malaysia tidak sedar mereka menjadi ejen Dajjal.

Roslan Ambri

Calon-calon Sesuai Utk Jadi PM - LKS

MANGKOK HAYUN LKS BERKATA TG RAZALEIGH , NAZRI AZIZ , NUR JAZLAN DAN MULUT PUAKA ADALAH CALON2 SESUAI UTK JADI PM. AKU GELAK SAMPAI TERKUCIL.

Cucuraja bersiong
------------------------------------------------------------------
Lim Kit Siang
9 hrs · Twitter ·
From PKR, the Prime Ministerial possibilities from the present batch of MPs will be Nurul Izzah Anwar, Azmin Ali and Rafizi Ramli.
For Umno, the names I can think of as new PM include Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Nazri Aziz and Datuk Nur Jazlan Mohamad.

 

Semua Parti Ada Maslalah, Satu Parti Cari Masalah

Terkini...
PAS masalah dengan hudud..
BN masalah dengan GST..
PKR masalah dengan isu air di Selangor..
DAP bermasalah sebab sengaja cari masalah...habis semua dia kacau...inilah parti paling cilake..!!

Raja Alias