Parti-parti Pakatan Rakyat mengamalkan 'double standard' dengan
menyerang Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana bertindak secara
unilateral tentang hudud sedangkan PKR melakukan perkara yang sama dalam
Langkah Kajang, kata PAS.
DAP pada Selasa berkata ia memutuskan
hubungan dengan Hadi kerana mengkhianati rakan-rakan Pakatan, tetapi
akan mengekalkan hubungan dengan PAS.
"Anehnya, PKR membelakangkan Pakatan dalam Langkah Kajang. Abdul Khalid Ibrahim dipecat sebagai Menteri Besar (MB) tanpa persetujuan PAS, tetapi ini tidak dilihat sebagai pengkhianatan."
"Dan sekarang, (supremo DAP) Lim Kit Siang mencadangkan kerjasama
dengan BN di atas nama "menyelamatkan Malaysia"? Bukankah ini satu
pengkhianatan kepada rangka kerja dasar bersama Pakatan?" Ketua
Penerangan Dewan Ulama PAS Khairuddin Aman Razali berkata dalam satu
kenyataan.
"Saya bimbang bahawa serangan berterusan DAP, fitnah
dan ejekan kepada Presiden PAS dan tentangan yang kuat mereka kepada
Kanun Jenayah Syariah Kelantan akan menafikan justifikasi agama untuk
ahli-ahli PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan mengundi mereka dalam
pilihan raya."
PAS mempunyai kira-kira satu juta ahli di seluruh
negara. Dalam pilihan raya, PAS dan DAP saling menggunakan kerjasama
mereka untuk menghilangkan persepsi pelampau agama dan cauvinisme
perkauman.
Malaysiakini
WakeUp Malaya
No comments:
Post a Comment