Hari Ini Dalam Sejarah Islam 30 Mac - Kelahiran Muhammad al-Fatih Si Pembuka Constantinople
Hari ini 30 Mac 1432M bersamaan 27 Rejab 835H kelahiran Sultan Muhammad
al-Fatih (30 Mac 1432 – 3 Mei 1481) atau Muhammad II (Arab: محمد
الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata
terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al-Fatihah bererti surah
pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di
Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan
Gebze.
Baginda adalah Sultan yang memerintah Kerajaan Islam
Uthmaniyyah dari tahun 1444 hingga 1446 dan kemudian dari tahun 1451
hingga 1481. Baginda menakluk dan membuka Constantinople pada umur 21
tahun yang membawa kepada kehancuran dan kejatuhan Empayar Byzantine.
Peluasan kekuasaaan Islam mengunjur sehinggalah ke Anatolia dan mara
sampai ke Bosnia.
Sultan Muhammad al-Fatih dianggap sebagai
perwira dan tokoh kepahlawanan umat Islam pada hari ini dan diiktiraf
sebagai sebahagian daripada pembuka dan penguasa agung dunia Islam era
moden.
Muhammad al-Fatih dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne,
ibu negara Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Bapanya ialah Sultan Murad II
(1404–51) dan ibunya Valide Sultan Hüma Hatun, dilahirkan di bandar
Devrekani, Kastamonu.
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan
yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai
kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam
bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin). Seorang
pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin
Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin
Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut
menentang tentera Mongol).
Sifat-sifat baginda dan tenteranya
telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW: “ Constantinople akan ditakluki
oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan
tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."
Ikatan Muslimin Malaysia
No comments:
Post a Comment