Istiadat kali ini menjadi lebih bermakna apabila ia turut dihadiri Raja-Raja Melayu yang masih wujud di Nusantara, iaitu Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah dan Raja-Raja Melayu yang ada di negara kita.
Jika kita mengkaji sejarah perlembagaan moden di Tanah Melayu, maka
kita akan dapati Johor adalah negeri terawal memperkenalkan perlembagaan
moden di negara ini. Sultan Abu Bakar adalah Raja Melayu yang mula-mula
mengisytiharkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895 yang
adalah perlembagaan bertulis pertama di Tanah Melayu. Ia menjadi asas
kepada pembentukan institusi Raja Berperlembagaan.
Sepanjang pemerintahan Sultan Abu Bakar tidak berlaku kekacauan dalam kalangan orang-orang Cina di Johor berbanding apa yang berlaku di negeri Melayu yang lain, khususnya Perak dan Selangor.
Selepas baginda mangkat, pengganti daripada keturunan baginda sehinggalah kepada Sultan Ibrahim yang memerintah Johor hari ini meneruskan kecemerlangan pemerintahan di negeri yang pesat membangun itu.
DAULAT TUANKU
Kelab Che Det

No comments:
Post a Comment