Wednesday, July 3, 2013

Kronologi

Selepas lemah kerajaan itu di tangan seoran puteri, datanglah Yakjuj dari utara menghancurkannya habis-habisan. Larilah Sultannya. Yakjuj menghisap darah penduduk tempatan sekering-keringnya, kemudiannya pula membebaskan negeri itu bukan semerdekanya, tetapi kepada 2 kelompok tentera dajjal. Mereka ada tanda/cop dibadan mereka. Berlakulah kerosakan di muka bumi, mengorek di merata-rata, di Perak dan Selangor. Mereka giat bersedia utk sambut kedatangan tuhan mereka si dajjal. Lahirlah pula anak2 mereka bernama Makjuj. Berupa manusia tetapi tidak macam manusia. Mereka makan apa saja dan hanya berkawan sesama mereka. Mereka merosakkan hati dan jiwa dengan berfitnah dan menghasut. Inilah permaidani persiapan terakhir menyambut tuhan mereka. Sekarang, turun sudah tuhan mereka. Apa yang ditulis dalam kitab sudahpun berlaku. Dajjal ada di sini. Dia tidak boleh memijak bumi Mekah dan Madinah kecuali mati cirit birit. Dajjal ada di sini, dia jelas berdiri. Gambarnya dipampang di jalan2 menjadikan dia tuhan mereka. Apa yang akan berlaku seterusnya? Puteri akan kembali. Beratus ribu puteri. Di tangan puteri-puteri inilah kita akan hancur. Hancur terus bagai rebahnya Melaka. Di pulau itu, bukannya lagi berdirinya patung Francis Light. Pulau itu dikuasai dan dijaga oleh seorang puteri. Anda dapat melihatnya dari atas titi. Dia amat kuat dan garang. Mahu mati di tangan puteri?

Malacca

The empire was single-handedly brought down by a princess Poh.