Mentari yang terbit. Panas bahangnya menyuluh kalbuku. Hangat terasa keseluruh jiwa. Jelas ke minda, mataku bercahaya.
Mentari yang terbit sebuah mercu tanda. Menyinari jalanku tiada gelap seketika. Membawa tertumpu segala kesedaranku. Menghalau pergi sedih dan lara. Rupanya aku bukan seorang yang kecewa.
Mentari yang terbitkan terus menyala.
Wednesday, January 21, 2009
Yatim Piatu
Kukira belumku temui dahannya. Seandai semua rantingku paut rapuh belaka. Kukira belum sampai ketika. Harinya nian kupaut erat dahan yang rendang.
Lalu dalam bersahajaku sedari. Betapa aku tak sedarkan diri. Harapanku semuanya sebenarnya sebuah mimpi. Nikmatnya itu takkan kukecapi.
Aku bersendiri.
Lalu dalam bersahajaku sedari. Betapa aku tak sedarkan diri. Harapanku semuanya sebenarnya sebuah mimpi. Nikmatnya itu takkan kukecapi.
Aku bersendiri.
Sunday, January 18, 2009
Alis Mata
Mataku. Di balik alis matamu. Bercantum semua titik. Menjadi satu. Lalu berputar ia. Bagaikan bola.
Antara air, mata dan suria.
Antara air, mata dan suria.
Tuesday, January 13, 2009
Surat untuk Bapa 1
Salam buat bapa. Ketika hidupmu dulu kukira tak puas kita berbicara. Kukira tak cukup kupinta. Atau telapak tanganku terlalu kecil untuk menerima. Atau usiaku terlalu muda untuk mengerti segala.
12 tahun kita hidup bersama. Terlalu muda untukku dapat semuanya. Kita berpisah bukan seperti yang kita pinta. Hidupku baru bermula bagimu berakhir pula.
32 tahun kulalui belantara. Harinya tiba untukku mengukir tinta. Untukmu kuunjukkan seadanya. Ke destinasiku tak tiba-tiba. Mahu saja kurebah terus, rehat seketika.
Rinduku buatmu bapa. Meski kau ada sentiasa. Menemaniku setiap masa. Adakah kau rasa apa yang kurasa?

Takkan Pulang
Aku takkan pulang. Terus terbang tak seperti helang. Pulangnya ke sarang pabila petang. Akukan pergi tiada menghalang. Takkan sekali kutoleh ke belakang.
Akukan terus berjalan. Jiwaku bebas tak tertelan-telan. Langkahku atur berpayungkan awan. Tiada lagi rindu, tiada kesalan. Aku berjalan ke suatu haluan.
Akukan terus pergi. Pergiku takkan kembali. Rupa asalku tak dikenali. Ah! Agak enak hidup begini. Ada atau tiadaku tak diketahui.

Subscribe to:
Posts (Atom)