Salam buat bapa. Ketika hidupmu dulu kukira tak puas kita berbicara. Kukira tak cukup kupinta. Atau telapak tanganku terlalu kecil untuk menerima. Atau usiaku terlalu muda untuk mengerti segala.
12 tahun kita hidup bersama. Terlalu muda untukku dapat semuanya. Kita berpisah bukan seperti yang kita pinta. Hidupku baru bermula bagimu berakhir pula.
32 tahun kulalui belantara. Harinya tiba untukku mengukir tinta. Untukmu kuunjukkan seadanya. Ke destinasiku tak tiba-tiba. Mahu saja kurebah terus, rehat seketika.
Rinduku buatmu bapa. Meski kau ada sentiasa. Menemaniku setiap masa. Adakah kau rasa apa yang kurasa?
No comments:
Post a Comment