Saturday, April 16, 2011

Ingat dan Ingatan

andai kau teringat
maka intailah di jendela ini
kerana aku di sini
menggenggam ingatan itu
di jemari

bahkan sekian lama
kasih
manik-manik sebutan itu
berkilau cahayanya

bila kau lihat nanti
sedarlah kau
ingatan bertemu ingat
maka kau kan kembali
bersamaku lagi

Pokok

sesedarku, aku hanyalah sebatang pokok
tanpa mentari
aku kelaparan
tanpa rembulan
aku kegelapan