Tuesday, March 31, 2015

Guru Berang Kelas Terganggu Dek Demo PR


Aku respect dengan guru dari British Council ni apabila dia berani berjumpa sendiri dengan pendemo KITA LAWAN baru-baru ini. Walaupun bukan dari warganegara kita tetapi sikap dan keberanian dia berjumpa sendiri dengan para pendemo satu perbuatan yang aku anggap cukup berani demi masa depan anak-anak muridnya yang ketika itu sedang ketakutan apabila melihat gelagat perbuatan pendemo yang sedang berarak. Tidak malu ke kita apabila melihat kejadian seperti ini berlaku? Tapi inilah yang berlaku.

KitaLawan (sebut #KitaSawan) Guru BERANG kelas terganggu Turun TEGUR Penganjur

KUALA LUMPUR - Seorang guru dari British Council berhampiran Menara Berkembar Petronas naik berang apabila kelas Bahasa Inggeris kelolaannya terganggu akibat penganjur himpunan #KitaLawan gagal mengawal keadaan dan penyokongnya.

Anna Steven mendakwa himpunan itu telah menakutkan pelajarnya yang sedang mengikuti kelas tambahan di pusat bahasa itu yang terletak kira-kira 100 meter dari jarak demonstrasi tersebut.

"Pelajar-pelajar saya sangat takut apabila mendengar cerita mereka, bahkan ibu bapa mereka juga sudah bimbang dengan keselamatan mereka.

"Jadi saya terpaksa keluar dari kelas dan meluru jumpa penganjur untuk memastikan mereka tidak meredah kelas kami dan berharap mereka tidak lagi menjerit-jerit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jalan Ampang, di sini, hari ini.

Katanya lagi, perhimpunan tersebut bukan sahaja mengganggu tumpuan pelajarnya malah telah mengganggu ketenteraman awam.

Beliau juga kelihatan berkali-kali merayu kepada pihak penganjur #KitaLawan supaya tidak bertindak keterlaluan hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada semua pihak.

Selepas puas merayu, beliau kemudiannya berlari semula ke kelasnya itu untuk mengawal dan memastikan para pelajarnya tidak berada dalam keadaan ketakutan.
 
Neezam Perkasa
 

No comments: