Wednesday, December 31, 2008

Hati Yang Bernanah

Hinggakan kini aku sudah tak mengerti lagi. Entah apa rupanya belang yang ada ditubuhku atau kesar yang tak terhidu. Entah-entah tanpa sedarku, isiku luluh dimamah kusta. Maka bertempiaran larilah semuanya.

Demi sebuah cinta yang harganya tak seberapa. Lalu hadirnya memalapkan sinar sang kejora. Maka berubahlah suasana kesemua yang dikatakan sudah terbina.

Laluku sedari hanya bila merasa. Sebenarnya tubuhku kecil, seorang yang hina. Tibaku telah mengeruhkan susasana. Lalu dipinta janganku sebut namamu dalam doa.

Itulah ertinya hina, sehina-hinanya. Miskin di dunia, papa di akhirat sana. Siapa yang mahu beristana. Di sekeping hati, berdarah beku dan bernanah

No comments: