Wednesday, December 31, 2008

Aku Dikatakan Gila

Aku dikatakan gila. Oleh mulut yang manis dan jiwa yang mulia. Dalam satu perbualan yang diatur baik bahasanya.

Aku dikatakan gila. Keranaku cerita dari hati semata. Segala yang ada apa yang aku rasa. Dan kubertanya sejujur tanpa dusta.

Aku dikatakan gila.

Aku dikatakan gila. Kerana ku yakini Tuhan ada. Lalu padaNyalahku gantungkan segala. Dan padaNyalah kuratapi sengsara. Selalu pasti bagiku esok kan ada.

Aku dikatakan gila. Demi sebuah cinta yang bertakhta. Ia bukan rekaan semata. Walau berkali-kaliku katakana, ia tetapkan ada. Walau tak berharga. Walau tak diterima.

Aku dikatakan gila. Oleh sekeping hati yang damba. Oleh satu jiwa yang lebih hampir dari nyawa.

No comments: