Aku mati
Di dalam dakapanmu
Mungkin kerana sesuatu
Yang kau katakan
Aku terus mati
Di dalam pelukanmu
Aku terus menagih
Sesuatu bukan milikku
Hati-hati yang luka
Bergelimpangan di sisiku
Dairi hidupmu di hujung katilku
Dalam jendela yang tertutup
Siapa yang dapat fikirkan
Se nakal budak seperti aku
Cekalnya hingga ke sini
Aku mati
Di dalam dakapanmu
Adakah ini kucupan sakti?
Aku seharusnya berpaling
Dan berjalan pergi
Apakah alasan terbaik
Bagi perasaan ini
Pada mukanya
Aku hanya satu dalam senarai
Tetapi aku berbeza, tersendiri
Namun tetap kecundang
Aku kehilangan
Lalu berjumpa kembali
Cinta yang khusus hanya menerima
Takkan memberi
Aku terus teruja dalam kebimbangan
Dek tuntutan keramat jiwa abadi
Aku mati
Di dalam dakapanmu
Malam-malam yang amat panas
Lalu kau permudahkan
Lalu kau menenangkan
No comments:
Post a Comment