Monday, December 1, 2008

Sesayap Terkulai

Genggam tanganku ini
Se erat kudratmu
Buat kali terakhir ini
Kerana perlu
ku katakan buatmu
sejelas-jelasnya

Ambillah sesayap
Yang terkulai ini
Terbangkan kembali
Dan hiduplah
Semahu-mahunya
Dan jika kau terdengar
Nyanyian puisi ini
Pasti kan terbuka pintu
Kita masuk bersama

Kerana kasih
Kaulah sebahagian
Daging dan darah
Pada tubuhku

No comments: