Wednesday, December 31, 2008

Berdusta

Usah lagi berdusta. Tentang semalam atau kelmarin. Kerana di hati tersimpan nota. Dan jiwa tidak bernoktah. Bagaimana nanti esok atau lusa?.

Usah lagi berdusta. Di samar-samar kota yang dibina. Tersergam berdiri sebuah istana. Biar saja apa yang direka. Apa saja yang engkau suka. Terlarikah dari nyatanya yang dicipta? Luhurkah apa yang dikata? Indahkah ia seperti yang dirupa?

Usahlah lagi berdusta. Tentang apa yang dirasa.

Jangan lagi kau berpura-pura

No comments: