Sunday, December 7, 2008

Sentiasa

Penulisan di bawah berpandukan tema sebuah lagu

Lela terluka
Darahnya tidak kelihatan
Perasaan semata
Dan hati menyentak
Bila hujan datang lagi
Sejak kau pergi
Meninggalkan aku kelemasan

Kau tahu kesatriaku
Tanpamu aku tewas
Tak dapat lagi kunyanyikan
Lagu-lagu cinta
Sebagaimana harus ia
Memberi makna
Aku tidak bisa lagi

Tapi sayang
Itu hanyalah aku
Dan aku cintakan mu
Sentiasa
Dan aku di sisimu
Sentiasa

Aku di sisimu
Hingga bintang hilang sinarannya
Hingga musnah syurgawi
Dan kata-kata hilang madahnya
Dan ke akhir hidupku
Kau tetap di ingatan
Dan aku cintakanmu
Sentiasa

Wajahmu
Yang terpahat diingatanku
Bagaikan memori
Hidup yang kulalui
Membawakan tertawa
Membawakan airmata
Tak dapat kita tinggalkan

Apa lagi harusku lakukan
Untukku belai rambutmu
Sentuh bibirmu
Dan dakapimu serat-erat hati
Dan saat-saat kau berdoa
Fahamilah
Aku bersalah
Aku hanya seorang insan
Dan ketika kau dalam pelukan
Dengarlah kata-kata itu
Andai itu yang kau perlukan
Aku mahu saja menjadi dia
Kerana itu semua adalah kalamku
Untukku katakan buatmu
Hingga ke akhir masa

Bahkan sayang
Aku mencintaimu
Sentiasa
Aku di sisimu
Sentiasa
Biarku tangis untukmu
Aku bisa
Biarku mati untukmu
Aku bisa

Lihatlah di wajahku ini
Tiada harga tak terbayar demimu
Untukku katakan padamu
Dan bukanlah ia
sebuah ketentuan nasib
Atau satu perjudian

No comments: