Kau seharusnya bepergian
setelah kubuat segala kau rasakan
aku seharusnya jua menghilang
takku terduga kau kesakitan
aku bukan bermimpi
aku tak pernah kau kenali
lalu musnahlah yang terbina
antara kita
namun cinta
ianya tetap
di situ jua
mahu saja kulepaskan pergi
jauh dari kesakitan ini
sebaiknya kau bagaikan dulu
seandainya aku
bukannya insan
yang kau fikirkan sebegini
namun kau ketahui jua
adanya kehangatan ini
yang pastinya takkan kau ketemui
di mana-mana jua
takkah kau terasa
jiwa yang membakar ini
ianya kan terus membakar
namun cinta
ianya tetap
di situ jua
tapi aku seharusnya
telah lama dulu bepergian
sejauh-jauhnya
dan kaupun seharusnya
menghilang
sekiranya kau tahu
ini bukan satu kemungkiran
bahawa aku
akan terus berada di sini
kerna cinta
ianya tetap
di situ jua
No comments:
Post a Comment