Aku bangga
dengan sejemput
dua jemput
tiga jemput
halba
yang kubawa
ke mana-mana
pesan baginda
berbanding halba
emas tak berharga
pak mat cina
berterima kasih padaku
laluku berkata
aku tak berbuat apa-apa
cuma halba saja
pak lah gila
tersengih luas
giginya tiada
terima kasih uncle
saya rasa sihat dah
sejemput
dua jemput
tiga jemput halba
aku tak berjasa
penawar tidak di tanganku
No comments:
Post a Comment