Sunday, May 1, 2011

1Malaysia: Perpaduan Rakyat

Kita mendapat kemerdekaan secara rundingan, antara kita sesama kita dan juga antara kita dengan penjajah. Kemerdekaan yang kita kecapi ini berlandaskan perpaduan rakyat. Sekian lama, negara kita bukan saja aman, makmur malahan maju disebabkan formula ini, perpaduan rakyat. Namun, disebabkan sebahagian daripada kita sudah melupai formula perpaduan ini, dengan berpandukan semata-mata nafsu dan ketamakan, masyarakat kita sekarang sudah berpecah belah. Ini adalah senario hasil daripada kedaulatan kemerdekaan kita yang digugat dari dalam, di mana ada pihak yang mahu memusnahkan perpaduan yang tercapai selama ini dengan mengutamakan kelompok tertentu sambil menipu pihak lainnya.

Sewajarnya setiap parti politik di negara ini mendukung perpaduan kaum. Sekiranya ada parti yang mahu menggugat perlembagaan kemerdekaan, maka kerajaan semestinya mengambil langkah menggugurkan mengharamkan parti berkenaan.

No comments: