Sunday, April 5, 2015

Bantah GST - Himpunan Bawa Huru Hara

Pusat Pengurusan Jenazah Rompin - Allahyarham TS JJ

Rompin: Pusat Pengurusan jenazah diwujudkan Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis di Parlimen Rompin untuk kemudahan proses pengkebumian setiap kematian penduduk.

Beliau juga turut membiayai semua kos pengkebumian penduduk yang meninggal dunia.

Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi

Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi Ke Mana Hala Tuju Perjuangan PKR Kalau Asik Reformasi.
Nampak Gayanya Perjuangan Demontrasi Jalanan Anwar Akan Disambung Oleh Generasi Cucunya.Semuanya Kerana Dendam Yang Belum Terbalas.



Norini Shah

Update Isu GSt: Top up, Rokok, Parking dan Kantin Sekolah

Update Isu GST

1. Topup
Pagi tadi, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Ahmad Maslan telah memanggil CEO-CEO Syarikat Telco untuk berbincang. Pengguna mahukan harga topup tidak berubah dan Telco diberi masa sebulan untuk buat keputusan. Mereka perlu menurunkan harga topup kepada RM9.43 sen dan bila ditambah 6% GST ianya akan kekal RM10. Nilai topup tersebut juga perlu kekal pada RM10 atau lebih. Tidak boleh dikurangkan.
Nota: Waktu sebulan diberikan kerana Telco memerlukan masa untuk menukar sistem. Sistem mereka juga melibatkan institusi kewangan seperti bank, pembayaran secara MOL dan lain-lain. Mereka minta panjangkan lagi masa tetapi Timbalan Menteri Kewangan 1 tidak benarkan kerana ianya melibatkan kepentingan pengguna.

2. Rokok
Harga rokok yang diberikan oleh syarikat rokok adalah termasuk GST. Sebagai contoh sekotak rokok jenama X adalah RM14 sekotak. Harga tersebut sudah termasuk GST dan peniaga tidak boleh menambah atau menggenakan lagi 6% GST ke atas rokok tersebut. Lapor jika ada peniaga yang masih berbuat demikian.

3. Parking
Parking memang sudah dikenakan cukai perkhidmatan selama ini cuma ianya tidak dinyatakan dengan jelas. GST memerlukan cukai dinyatakan dengan jelas dalam resit. Dan syarat-syarat yang perlu ada dalam resit mesti dipatuhi.

4. Kantin Sekolah
Kantin sekolah dikecualikan dari GST. Maka tidak boleh kenakan GST ke atas makanan di kantin sekolah.

5. Service Charge
Service Charge adalah satu bentuk kutipan yang dikenakan keatas pelanggan oleh peniaga. Ianya bukanlah satu jenis cukai dan tidak dikutip oleh kerajaan. Jika anda tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan namun terpaksa membayar service charge, anda boleh bawa peniaga ke mahkamah.

6. Aduan
Pengguna diminta untuk tidak pandang sebelah mata. Gunakan hak anda, jika terdapat mana-mana peniaga yang tidak mematuhi syarat-syarat untuk kenakan GST anda perlu membuat laporan kepada KPDNKK. KPDNKK juga nasihatkan jika ada peniaga yang menaikkan harga barang keterlaluan, sila buat aduan.

Merong Mahawangsa

17 Disyaki Rancang Keganasan Ditahan

Sindiket Pemalsuan Kad UNHCR Di Bukit Mertajam Tumpas

Solute STAGG Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) bongkar sindiket pemalsuan kad United Nation High Commisioner for Refugees (UNHCR) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang...

SINDIKET PEMALSUAN KAD UNHCR TUMPAS
Kuala Lumpur, 5 April - Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) berjaya menangkap tiga individu bersama peralatan yang digunakan sekaligus membongkar sindiket pemalsuan kad United Nation High Commisioner for Refugees (UNHCR) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, hari ini.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui twitter rasmi beliau sebentar tadi.

Fahaman Wahabi Sama Bahaya Dengan Syiah



Shogun IV Shogun